Sri Lanka Trip : Day 2

19hb Oktober 2016

    Hari kedua kami disini. Sarapan pagi disediakan oleh pihak penginapan. Hari ini saya order Option 2. Pihak mereka kata semua makanan disini halal. Husnudzon jer lah eh, sosej ayam tu halal.




Selesai sarapan pagi, kami jalan kaki pergi ke jalan utama. Sampai kat sana, kami singgah beli simkad sekejap. Malam tadi kalut nak check-in, tak sempat nak singgah booth di airport. Selesai beli simkad, kami naik tuk-tuk untuk ke Pettah.

Di persimpangan ke hotel

Di persimpangan ke hotel


Cute nyer teksi


Naik tuk-tuk murah sikit..heee

Tempat pertama kami singgah adalah Red Mosque.







Berdekatan masjid ni ada Pettah Market. Kawan nak beli lace kat sini, banyak yang lawa-lawa dan unik. Saya pon terjebak terbeli jugak satu, plan nak letak di blouse konon nyer. 8 tahun selepas itu, tak guna pon lace tu sebab kakak kata macam lace kain langsir HAHA..mana lah saya tahu

 
Cantik plak tengok lace sulam tu. Tapi mahal..huhu


Lace kain langsir..HAHA


Good, recycle and reuse!

Selepas itu, kami pergi Pettah Float Market untuk makan tengah hari.


Betapa lamanya aku nak tulis blog ni, menara tu dah siap pon sekarang ni. Lawa!


Lotus Tower. 
Sumber: Google.




Kebetulan, masa kami disini ada keretapi lalu.

Dah lewat petang, sempat singgah tiga tempat sahaja hari ini. Kami pulang ke hotel terus lepas itu.

sambungan...

You Might Also Like

0 comments