Sri Lanka Trip : Part I

Assalamualaikum...

Trip pertama saya ke luar negara adalah Sri Lanka dan ini adalah sedikit sebanyak cerita di sebalik trip ini. 

Tujuan utama saya kesini adalah untuk menghadiri persidangan antarabangsa, SAFE 2016 di Berjaya Hotel, Colombo selama 2 hari (20-21 Okt 2016) tetapi dipanjangkan kepada seminggu untuk berjalan-jalan tengok negara orang. Sambil menyelam minum air bak kata orang. 

Dah lama saya nak menulis pengalaman saya kat sini, tetapi asyik tertangguh. Trip ni pada 18-25 Oktober 2016, sekarang dah nak masuk 2021..HAHAHA. Mungkin akan ada yang tertinggal sikit-sikit, sebelum saya lupa terus adalah lebih baik saya coretkan kisah ini disini. Trip ini adalah di Colombo dan Kandy.

Sedikit info pembelanjaan sepanjang trip ini.

Conference Fee: USD 70
VISA: USD 40
Tiket penerbangan Air Asia (KL-CMB, CMB-KL): RM 655.08
Tiket keretapi, First Class (Colombo-Kandy, Kandy-Colombo): RM 88.80
Royce Hotel, Colombo (18-23hb - 6 hari): RM 296.00
Sevana Hotel, Kandy (24-25hb - 2 hari): RM 360.64 (shared)

18hb Oktober 2016

Trip ini saya pergi bersama Sharmilla, Hanisah dan As, kawan satu makmal, dan juga SV kami, Dr. Jamilah. Ada beberapa masalah semasa tempah tiket flight, sepatutnya kami bertolak 19hb, 8:30 AM, dan sampai disana 19hb, 9:30 AM. Tetapi tiba-tiba Air Asia tukar waktu penerbangan jadi 19hb malam. Habis plan berterabur, rugi bayar hotel lagi dan kena hadiri persidangan paginya plak. Selepas nego dgn airasia, dapat lah semua naik 18hb malam. Tetapi saya dapat seat lain, sepatutnya dapat tepi tingkap bersama kawan saya..hmmm ditukar dapat hot seat paling depan, tengok pramugari buat kerja..LOL. Bertambah bajet tetapi boleh lah kami rehat dan berjalan-jalan sehari sebelum event.

Al-kisahnya, masa kat KLIA2, sorang kawan saya tak lepas kat KASTAM disebabkan masalah PTPTN. Akhirnya, memang tak sempat nak selesaikan masalahnya tu, terpaksa kena tinggal dia tetapi dia tetap datang keesokannya setelah dia bayar RM3,000 kepada PTPTN. Memang kesian lah masa tu, habis burn dia punya tiket flight. Dia tak jangka plak jadi macam tu sebab sebelum ni boleh jer dia ke luar negara. Dia bayar jugak walaupun sikit-sikit, tetapi bukan setiap bulan lah disebabkan tengah belajar kan. Tetapi, sekarang okey lah kan dah tak de blacklist semua ni.

Dan satu lagi ada benda lucu berlaku, masa saya nak lepas KASTAM:

_________________________

Saya bagi passport dan dokumen yang diperlukan..
Pegawai: (tengok saya banyak kali sambil tengok passport saya)
Aku: ???
Pegawai: Bila buat passport ni?
Aku: Minggu lepas
Pegawai: *muka tak percaya
Aku: *mesti sebab gambar aku tu (>.<)

_________________________

Gambar kat passport buruk giler..HAHAHA
Nak tunjuk sini pon malu ehhh
Masa nak buat passport tu, ambil gambar kat sana. Tunggu lama sangat, muka dah ngantuk. Pastu boleh plak pegawai kat sana asyik mintak aku kebelakangkan tudung bawal yang aku pakai. Memang buruk habis lahhhh..

Okey dah..kita sambung tentang trip ni balik.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranayake, Colombo pada 10:30 PM, kalau kat sini dikira macam dah pkul 1 pagi, semua orang dah tidur. Sesudah ambil luggage semua, kami terus keluar dan cari pemandu dari hotel tempat kami menginap, Berjaya Hotel. Btw, kalau ada yang belum buat VISA, boleh juga buat kat sini. Tetapi, kalau nak cepat, lebih baik buat awal-awal. Boleh buat online jer VISA, boleh dapat dalam masa 24 jam.

Masa tiba kat hotel, banyak kali jugak tekan loceng nak kejut owner. Masa nak check in, hotel ni nak cash sahaja. Kawan saya yang pegang semua duit untuk penginapan, ingat dapat bayar pakai kad debit jer. Yer lah, bawak duit banyak-banyak pon bahaya. Nasib baik, owner bagi check in dulu dan bayar esok pagi. Alhamdulillah, semua selamat untuk hari pertama.

Sedikit gambar sekitar Royce hotel: 








Part II >>



You Might Also Like

2 comments