Sri Lanka Trip : Day 3
20hb Oktober 2016
Hari ni sepatutnya kami keluar melawat beberapa tempat. Tapi sebab kawan kata nak edit slides presentation yang belum siap, jadi dibatalkan.
Sesudah sarapan, ajak kawan sebilik pergi pantai belakang hotel sekejap. Dekat sahaja, kami jalan kaki sahaja. Ada beberapa orang lelaki sana tegur, cakap kami ni orang Malaysia ke? Aku tanya kawan aku, macam mana mereka tahu, cara kami pakai tudung ke? atau diorang dengar kami bercakap? huhu.. Kami buat tak tahu, sy bukan peramah nak layan stranger. Lagi-lagi tempat asing.
Kejap jer kami kat sini sebab dah panas dan tiada yang menarik sangat nak buat. Plan nyer memang kejap jer nak tengok-tengok sebab tak mandi pon lagi..HAHA
Tetibe, kawan ajak pergi Odel nak beli ole-ole. Tak bawak dompet masa tu, memang plan nak tngok pantai jer sebenarnya. Dah lar tak mandi lagi, boleh plak ajak pergi kedai. Teman jer lah kawan pergi. Ingat dekat, macam jauh plak. Sedia maklum, orang Malaysia ni malas jalan kaki. Jadi, kami naik lah tuk-tuk. Kawan belanja.
Cuci mata jer lah dulu tengok apa yang menarik.
Balik hotel, order french toast untuk makan tengah hari. Kat sini ada menu sarapan sahaja.
Makan jer lah mana yang ada, susah nak cari makanan halal kat sini.
Sedap sangat french toast!!
sambungan...
0 comments