Mahmudian's Family Days 2014 at Cameron Highland
Assalamualaikum..
Family Day! Acara setahun sekali yang akan dibuat kalau ada bajet..huuuu~
Sebenarnya, ini adalah Family Days yang kedua. Mahmudian's Family Day yang pertama diadakan di Melaka.
Family Days 2011 di Melaka Bandar Bersejarah. Tak dapat kumpul semua orang, 7 orang tiada dalam gambar termasuk kameraman (abg ipar). Ya, memang 2 orang jer lelaki dalam keluarga tak termasuk ayah.
Kali ni, penyumbang terbesar kakak saya yg kedua tapi ada jugak dari kakak-kakak dan abang yang lain kerana tahun ni kami dah menubuhkan tabung untuk Family Day! Yeaa!! Disebabkan ramai yang dah bekerja, tapi saya tak dapat nak sponsor lagi sebab belum mula lagi kerja..heeee~ Harap-harap next time boleh bagi banyak sikit sumbangan.
Untuk tahun ni saya hanya dapat menolong jadi designer jer la yer~
Tolong design baju, mug dan plate. Semua di sponsor oleh Kak Tini jugak. Terima Kasih!
Design satu logo je, pastu tempah print di tiga jenis baju untuk budak-budak, lelaki dan perempuan. Tudung tahun ni beli sendiri, jadi lain-lain jenis.
Ada ahli baru tahun ni! YEAHH--> satu-satunya kak ipar (pengantin baru lagi ni, kira honeymoon la ni~ ahakk) dan 2 orang anak sedara (yang di dukung).
Dua orang tiada dalam gambar. Satu orang jadi kameraman (abg ipar) dan sorang lagi ada kat Rusia (adik). Kesian betul selalu jer tak dapat join..uhukkk
Plate hiasan ni untuk orang yang dah berkeluarga. Kaktus belakang tu beli kat Cactus point. Cantik tak?
Mug untuk setiap orang. Siap ada nama tuh. Nanti nak letak kat office bila bekerja..hehehe
Mug dan plate ni di tempah di Gifts N Such Bandar Sri Putra. Kalau nak design macam ni jugak, boleh cakap kat owner.
Masa kami kat Cameron Highland 3 hari 2 malam, kami tinggal di homestay di Taman Royal Lily, Tanah Rata. Rumah teres dua tingkat, memang selesa. Ada 4 bilik, 3 tandas, dapur dan sememangnya fully furnished. Kalau nak barbeque malam-malam pun boleh, ada peralatan disediakan.
Mahmudian's Family Day bermula pada 27hb Mac 2014, semua orang yang dari Kelantan, Kedah dan Selangor berkumpul disana. Sepatutnya petang tu kami pergi melawat satu dua tempat, tapi sampai di sana pun dah lewat petang jadi ditangguhkan untuk keesokan harinya. Di bawah ni beberapa tempat yang sempat kami terjah:
Pasar Malam Brinchang
Ladang The Boh Bharat
Cactus Point
Taman AgroTeknologi MARDI
Steamboat Snack Corner
Bee Farm
Cameron Lavender
Tempat lain-lain yang boleh korang lawati. Kami tak dapat nak pergi sebab tak cukup masa dan disebabkan jalan kat sana selalu jer jam, mungkin sebab cuti sekolah.
Kea Farm
Taman Agro Al-Mansoor
Boh Sungai Palas Tea Centre
Smoke House
Butterfly farm
Strawberry Farm
Rose Valley
Sebenarnya, objektif utama kami buat Family Day adalah untuk menggembirakan kedua ibubapa kami. Boleh la mak dan ayah rehat dan jalan-jalan. Juga, acara ni dapat buat kami berkumpul ramai-ramai disebabkan ramai yang bekerja di luar Kelantan. Harap-harap akan ada lagi acara ini selepas ini. Tahun depan mungkin di Bandung, Indonesia. In sha Allah :)
2 comments
Really liҟed your web template - Wheгe might I аϲquire it?
ReplyDeletemy web page е liquid offers (http://www.howto-simplify.com)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete