Macam mana nak buat slides presentation cantik!

Assalamualaikum..




Entry saya sebelum ni ada saya cerita saya perlu buat pembentangan tentang thesis saya. Saya berjaya mendapat anugerah 5th Best Speaker daripada keseluruhan batch saya. 

Eleh~ no 5 jer pownnn..bukan The Best!! 

Walauapapun, ALHAMDULILLAH. Memang tak dijangka! Bukan senang kot, kalau kira ramai lagi yang english diorang lagi meletopp dari saya tau. 

Oleh sebab tu, saya rasa pembentangan tak semestinya kita perlu fluent english sahaja, tetapi ada juga faktor-faktor lain yang boleh menarik perhatian juri mahupun audience. Contohnya, slides presentation. Walaupun saya tahu, diorang bukan dengar pun apa saya cakap, tapi sekurang-kurangnya diorang tengok apa yang saya dapat hasil dari setahun buat research.

Untuk dipendekkan cerita, kawan saya ada cakap kalau ada pertandingan slide tercantik boleh dapat no. 1 ni.. Ahahaha~ masuk bakul, angkat sendiri. Jadi saya nak cerita tentang presentation slides jer lah, tapi tak bermakna saya ni dah tahap expert tau. Saya cuma nak share apa yang saya tahu.

p/s: Maaf kalau saya guna bahasa rojak

Presentation slides


1. Background

Contoh 1: Background putih, tulisan berwarna

Jangan plain sangat : Maksudnya background jangan la warna putih jer. Bayangkan dalam masa 12 minit pembentangan tu, orang lain tengok boleh ngantuk tau. Bagi la warna-warni sikit, tapi jangan la sampai warna pelangi ko letak. Tapi sesetengah keadaan, boleh guna warna putih. Contohnya, bila tulisan pulak yang berwarna.

p/s: Saya tak suka guna background putih sahaja. Macam mana pun saya akan letak background atau guna template yang banyak dalam Powerpoint tu.

Kalau dah boring guna yang dah ada tu, saya design sendiri template. Kalau kaya, boleh la korang beli template cantik-cantik yang berlambak kat google :P


Contoh 2: Background bergambar, guna smart art.
Background bergambar:
Kalau saya kurang sedikit untuk guna background bergambar. Sebab gambar ini akan mengganggu bila kita nak baca isi slide tu nanti walaupun dah blurkan gambar tu. Mungkin korang boleh try guna smart art jika nak guna background bergambar. Tapi ingat! try letak korang sebagai penonton, boleh baca ke tak?


2. Font

Tulisan jangan kecik : Standard saiz tulisan biasanya 24 untuk isi. Jangan kecik daripada ni. Lebih-lebih lagi kalau layar putih tu kecik. Tapi jangan terlalu besar pulak, nanti kalau dapat screen besar. Fuyooh~ nak baca pun susah. Konklusi nyer, kenali tempat pembentangan anda. Cuba berdiri di tempat yang paling belakang.

Jenis tulisan: Guna tulisan yang tiada kaki ataupun bulat. Audience yang dibelakang akan mudah untuk baca dan tidak keliru.

Warna jangan striking :
Contohnya, kuning, merah, hijau.. huiihh~ x nampakkan kalau background putih dan sakit mata. Untuk pilihan warna ni, test dengan mata anda sendiri. Tengok lama-lama, ada rasa tak selesa tak bila tengok. Jadi, samalah dengan orang yang akan tengok slide kita nanti. Warna jangan lebih dari 4 warna.


3. Isi Kandungan


Contoh 3: Tukar kepada point form dan highlight perkara yang penting.

Wordy!!! :
Wordy ni bila satu slide penuh dengan ayat. Bila jadi camni, pandai-pandai lar edit. At least korang tukar la ayat tu jadi point form dan HIGHLIGHT key word. Jadi, senang la audiences nak grab maksud korang tu.


Contoh 4: Guna SmartArt (cari di tab "insert")

Letak gambar banyak-banyak :
Yes! Saya suka gambar. Memang tak sah kalau setiap slide saya tak letak gambar. Satu cara lagi kalau memang tiada idea dah nak letak gambar apa, saya akan guna smart art.


Contoh 5: Highlight perkara yang nak difokuskan

Bila letak table dalam slide:
Highlight yang mana penting yang perlu buat discussion. Animation sangat berguna pada waktu ini. 

Pastikan label setiap gambar, jadual dan graf:
Ini untuk memudahkan untuk kita bagi tahu audience gambar mana yang sedang dibincangkan. Jangan sesekali menunjuk gambar berdasarkan "kanan" atau "kiri". Kenapa? Sebab, audience tak tahu "kanan" yang dimaksudkan itu kanan kita atau kanan mereka.


4. Animation

Perkara yang perlu dielakkan bila guna animation:
Saya paling tak suka bila ada bunyi-bunyian setiap kali ada animation. Sungguh annoying! Dulu saya suka guna bunyian bila tukar slide, tapi sekarang memang saya tak guna langsung.

Juga, elakkan guna animation yang mengambil masa yang lama. Kalau boleh animation tu ambil masa 2 saat jer. Sebab semua maklum, kita mesti menepati masa yang telah ditetapkan bila kita buat presentation. Bila kita ambil masa yang lama untuk habiskan semua slide kita tu, kesian untuk next presenter yang perlu ditangguhkan atau diorang plak yang perlu terkejar-kejar habiskan slide diorang.

________________________________________________________

Untuk dapat slide yang menarik, korang mesti tanamkan sifat rajin okey! Jangan malas-malas ;)

Dan juga, kemas, teliti, kreatif dan banyak bersabar..hehehe

Terima kasih baca, kalau ada nak tambah boleh tulis di bahagian komen.
GOOD LUCK TO YOU :)

Wassalam..

You Might Also Like

0 comments