Tips Jaga Bateri Laptop!

Assalamualaikum..




Tahukah anda? Bateri mempunyai hayatnya tertentu. Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas (satu pusingan adalah bila anda cabut charger dan guna kuasa bateri dan kemudian charge balik). Tidak menggunanya dengan betul akan melemahkan jangka hayat bateri dan mungkin bateri anda akan kong!!! Tak percaya? Cuba la jangan pernah buang bateri dari laptop sambil sambungkan dengan charger atau jangan guna langsung bateri. Apa akan berlaku selepas itu?


Kadang-kadang, bateri sepatutnya dapat tahan 2 jam lebih, lama kelamaan satu jam pun tak mampu nak bertahan. Kakak saya sendiri, tidak pernah guna bateri. Akhirnya, bateri dah tak boleh guna. King KONG!!


Cara-cara yang boleh anda menjaga bateri anda supaya lebih tahan lama adalah:


1) Elakkan dari selalu mengecas bateri

Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada. Maksudnya, biasakan akan keluar notification kat bawah sebelah kanan bila 7% jer yang tinggal. Jadi, pandai-pandailah shut down atau charge laptop anda.

Sedikit nasihat, adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik 5 minit (ini juga dikira satu pusingan).


2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.

Lepas itu, cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri.

3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. 

Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa
Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

4) Elakkan kepanasan

PANAS! PANAS! Boleh rasa kot laptop kalau panas. Tahu tak, kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda (bahaya! Boleh menyebakan cancer), selimut dan lain lain. Pernah dengar tak? Ada kes kebakaran sebab laptop atas katil sampai terbakar??

Jadi, gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk. Cooling pad ni sangat penting!! PENTING!! Dah ulang banyak kali dah tu. Bukan kita nak jaga jangka hayat bateri sahaja, laptop tu yang paling penting. Cooler dalam laptop tu tak mampu nak sejukkan laptop kita kalau dah buka sampai 24 jam.


5) Elakkan terlebih cas (overcharging) 

Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri.
Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah penuh.

Ada sesetengah laptop tidak boleh tanggalkan bateri. Jadi pandai-pandailah jaga jangka hayat  bateri tu ye. Memang tak dapat disangkal kadang-kadang kita malas nak buat semua ni dan bateri tu akan cepat juga lemah kuasanya.


 Kalau saya, saya hanya tanggalkan bateri dan guna charger sahaja sepanjang masa dan cooler memang akan selalu ada. Bateri hanya diguna bila tiada plug nak sambung. Dah dekat 4 tahun saya guna laptop saya, bateri Alhamdulillah masih dapat tahan lebih 1 jam. Pernah sekali jer masuk hospital sebab cooler rosak sebab habuk banyak sangat. Itupun habis RM100 untuk cuci kipas sahaja. Semoga berjaya yer kawan-kawan :)


You Might Also Like

0 comments