Janji ditepati di Restoran Riang-Riang, Pantai Hillpark

Assalamualaikum kawan-kawan =)

Entry ni sambugan daripada yang ni ---> New baby + SESAT

Saya ada kata nak belanja makan kawan saya tu kan. So, semalam janji itu sudah ditepati oleh ku..hehe
Kami pergi makan di Restoran Riang Riang, Pantai Hillpark for dinner.

Dalam pukul 6 lebih bertolak dari kolej kami. 
Oh, kami keluar makan bertiga. Cik Lyna comey pon ikut jugak..hehehe..
Ingatkan nak belanja Ecah sekali, tapi sudah balik kampung, untungla rumah dekat~
Belanja Ecah makan ice cream hari tu je la kan. Cukup ke Ecah?

Okey, kat sana kami order:
Nasi putih+Daging Merah 
Kuew Teow Kung Fu (RM5.50)
Nasi Goreng USA (RM6)
Sotong celup tepung (RM6)
Teh Tarik
Teh Limau Ais
Bandung
 .
.

beberapa minit kemudian
.
.
Makanan dah sampai :)


Inilah dia Kuew Teow Kung Fu yg diorder oleh cik lyna comey..huhu
Gambar ni di snap selepas makanan dah dikacau. Memang banyak giler!
Tapi bagi saya, saya x suka makan ni. Bak kata lyna, boring dan muak. Em, betul la tu. Yang pastinya, aku tak kan order dah menu ni. Kawan-kawan yang gemar menu ni boleh la cuba, kot2 memang sedap. Cuma saya je tak biasa makan kuew teow kungfu ni..hehe..Kalau order tu, kongsi dua orang pon boleh. Tapi kalau rasa boleh habis, makan la sorang..huhu


Ini lauk daging merah. 
Nampak sedapkan. Sedap memang sedap, tapi dagingnya sangatlah kering dan liat. Saya yang kunyah banyak kali pon susah nak telan jugak. Nasib baik nipis je.

Nak dijadikan cerita, nasi goreng USA yang saya order dah jadi nasi goreng daging merah, sebabnya silap serve la ni. Lupa taruk telur. Then ingatkan waiter tu silap dengar order, nasi putih tu jadi nasi goreng. So, makanan habis tertukar =.='

Akhirnya, ada yang makan tak habis. Sebab semua dah full. Saya sedap tak sedap semua saya makan kecuali kalau betul-betul dah tak boleh masuk, barulah tak habis makan..hehe

Masa balik tu dah azan Maghrib. Dekat je dengan UM.
Kalau kawan-kawan pergi sini try la order tom yam, dengar kata sedap. 
Next time la saya cuba. In Sha Allah~
Wassalam.

p/s: Bila dah tunaikan janji ni dah lega dah sikit..hehe


You Might Also Like

0 comments