Movie Melayu: Cinta Halal

Assalamualaikum kawan-kawan =)


Ape yang dimaksudkan dengan "Cinta Halal"?
Pada pendapat sayalah ye, 
Cinta itu halal jika seorang perempuan itu mempunyai ikatan yang sah dengan seorang lelaki itu. 
Dengan kata lain, suami dia la kan :)

Cerita 'Cinta Halal' ini dibintangi oleh:


Fahrin Ahmad sebagai Syed Mukhriz


Nur Fathia Latif sebagai Ismi Hazariah


Haneez Suraya sebagai Sal

Cerita ni adalah mengisahkan seorang perempuan yang bernama Ismi yang berkelakuan macam lelaki tapi seorang yang sangat jujur. Disebabkan sikap bekerjanya yang teruk, Ismi telah dibuang kerja sehingga 5 kali. Oleh itu, ibunya meminta tolong dengan bosnya, Tuan Jalil untuk menerima anaknya, Ismi bekerja di Berjaya Holdings. Disinilah, Ismi telah bertemu dengan Syed Mukhriz ketika dia terjatuh menghempap lantai gara-gara lewat datang kerja. Memang masa Ismi nampak Syed Mukhriz, dah jatuh cinta pandang pertama. 


"Tengok je? Tolonglah angkat..hak alah~"-Ismi

Ismi berusaha dengan macam-macam cara nak pikat Syed Mukhriz. Antaranya, menyeludup masuk bilik Syed Mukhriz pagi-pagi sebab nak bagi kuih. Ismi sangatlah jujur:)


"Karipap dan donut ni mak saya yang masak, sebab saya tak pandai masak. Kuih kuaci dan lepat pisang ni saya beli kat kedai" -Ismi


Bakal menantu kat dalam :)
"Yang comel comel, Yang gedang gedang tu"-Ismi

Tapi Syed Mukhriz akan dijodohkan dengan  Sal atas pilihan ibunya. Disebabkan Sal sudah mempunyai tunang di overseas, mereka berdua tidak meneruskan kehendak ibu Syed Mukhriz. 
Di dalam syarikat, telah berlaku beberapa konfliks.


Dua orang pekerja kepercayaan Syed Mukhriz yang telah menggelapkan duit syarikat.

Disebabkan oleh salah faham yang berlaku telah menyebabkan Syed Mukhriz melukakan hati Ismi. Untuk endingnya, silalah tengok sendiri ye~

Watch online


Cerita ni sangatlah kelakar, saya tengok memang hilang semua stress..haha
Selamat menonton ^___^

You Might Also Like

0 comments