First time naik highway! (Selepas)

Assalamualaikum kawan-kawan =)


Semalam saya cakap nak pergi Bandar Seri Putra, Bangi kan?

Dalam pukul 10 lebih pagi, saya dan Najwa bertolak tunggang motorsikal sorang satu. First, kami pergi isi minyak dulu bagi full. Padahal cukup je kalau pergi balik (ada la half tank). Tapi sebagai langkah berjaga-jaga risau kalau sesat, kan susah kalau minyak habis..huhu Masa nak pergi isi minyak tu kami sepatutnya U-turn, tapi pergi masuk kanan..huhu
SESAT tu adalah normal untuk saya..huahuahua

Then, kami meneruskan perjalanan dengan ucapan "Bismillahirahmanirahim"..
Perjalanan lancar je tadi, tapi ada la "hampir" tersilap jalan.
So, semuanya okey melainkan bila tiba di tol Sungai Besi.
Masa saya nak keluar dari lorong motosikal kat stesen minyak Shell tu. Ada kereta yang tiba-tiba je keluar dari barisan dia (tengah line nak isi minyak), tak bagi signal!!. Masa tu saya tengah nak lalu sebelah kanan barisan tu. Nak kata saya laju tak jugak rasanya, ada la dalam 30km/j kot. Memang terkejut giler, terus tekan brek tangan, brek kaki (semua brek nak tekan). Memang berdesit tayar bunyi. [Rosak tayar aku=( ]
Nasib baik tak langgar buntut kereta dia tu. Aku bukan risau kereta dia, aku risau motor aku!!
Haishh...baru seminggu guna..aigooo~
Najwa ada cakap gak suruh hon kat kereta tu. Tapi time tu aku tengah terkejut, memang blurr giler. First time plak jadi macam ni. So, aku terus je la.

Tapi kalau bukan perlindungan dari Allah S.W.T, tak tahu jadi apa dah kat aku. Memang rasa bersyukur tak ada apa-apa berlaku. Alhamdulillah~

Then, saya dan Najwa teruskan perjalanan, sangat rasa cuak bila ada exit kat depan, risau takut terlepas atau silap masuk. Tapi saya terus ambik lorong ke Seremban sampai la jumpa exit ke Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra.

Bila tiba di tol Bangi, ada satu lagi yang "hampir" accident. Masa tu tengah lalu lorong motorsikal gak. Jalannya belok-belok, memang kena hati-hati kat situ. Tapi yang bahayanya, jalannya tak ada divider, pastu curam dan ada longkang besar kat bawah tu. Saya sempat brek and kawal motor kat situ. Tapi Najwa hampir-hampir nak masuk longkang. Saya yang kat depan terkejut la dengar kawan saya ni menjerit. Saya pulak yang hilang kawalan, hampir nak terbalik dah. Tapi sempat kawal lagi. Fuh~

Najwa muka dah pucat dah, dia cakap tak boleh brek motor tu. Rupa-rupanya bukan sebab brek, tapi tayar tu dah botak! Kakak aku la ni tak tukar...tibe-tibe..kihkih

Lepas masuk kawasan Bangi tu dah lega la, dah dekat la maksudnya. Oh, ada kat trafic light tu kena hon sebab tengah rancak berbual dengan Najwa. 
Adeh, malu jap (>.<)

Akhirnya, sampai di rumah kakaku..
Rezeki, dapat makan durian..yum yum..
Lunch, makan budu!! Lama giler tak makan. Berselera makan tadi..huhu



PERJALANAN PULANG KE UM

Lepas lunch, dlm jam 3.30pm bertolak balik. Masa tu tengah risau kot-kot hujan tengah jalan.
So, saya siap pakai baju hujan full la. Tapi baju hujan ada satu je. Najwa kat belakang. Balik ni kami membonceng, sebab motorsikal yang Najwa bawak tu motor kakak saya sebenarnya. Nanti nak pos laju motorsikal tu ke Perak. Perjalanan semuanya berjalan lancar, tak ada dah nak masuk parit ke, langgar pokok ke ape. Cuma ada kekeliruan bila lalu lorong motor kat belakang Mid Valley. Banyak sangat cabangnya =.='

Saya sampai di UM dalam 4.30pm. Sampai kolej dah azan Asar. Tak hujan pun~
Anak-anak sedara yang doakan kot. Paksa diorang berdoa sebelum balik tadi..hahaha

<<<<<<Moral of the story >>>>>
Berhati-hati dijalan raya
Malang tidak berbau
Jangan lupa bagi signal!!
Jangan lupa baca doa, In sha Allah selamat :)
Banyak-banyak lah bersyukur~


Terima kasih sudi baca sampai habis..ngee ;D
Wassalam


You Might Also Like

0 comments