Mahmudian's Family Day Bahagian II
Assalamualaikum..
Sebelum ni aku dah ada post entry hari keluarga aku di Cameron Highland. Tapi entry yang ni aku nak cerita lagi detail okey!
Sedia maklum aku dan keluarga aku stay di homestay di Taman Royal Lily, Tanah Rata. Untuk family yang ramai ni, memang sesuai sangat kalau ambil homestay. Selesa.
Ni kat luar homestay. Datang dengan 6 buah kereta.
Memang tak muat la nak parking kannn..huhuhu
Berdekatan dengan homestay ni ada taman.
Apa lagi anak-anak buah memang excited habis nak pergi main.
Selepas maghrib, kami semua pergi ke Pasar Malam Brinchang. Ada lar dua orang tu kena tinggal sebab tidur mati..Kahkahkah
Sejuk sejuk ni memang sedap la tidur kan..
Maaf lah, tak dop gambar plak nak attach sini :P
Okey, next day kami pergi Ladang Teh Boh Bharat.
Masuk adalah PERCUMA!!
Beraksi dulu sebelum masuk..
Cute sangat anak sedara aku nih
Alkisahnya, aku dan beberapa org ahli keluarga aku turun sampai kat jambatan ni. Masa nak naik balik tu, aku berlari-lari naik keatas dengan anak saudara aku. Last-last aku yang pancit bila sampai kat atas. Termengah-mengah. Aku yang tak pernah bersenam bertahun, tiba-tiba lari. Eksyenn lar sangat!!
Nak bergambar pun tak larat nak berdiri lama-lama. Kelam dunia.
Nak naik tu ada la beberapa kali berhenti >.<
Selepas minum-minum di cafe, destinasi seterusnya ialah Cactus Point.
Jam panjang giler masa nak pergi sini, dah la naik bukit.
Kesian sangat yang kereta manual, hangit sampai bau dok tekan brek.
Masuk FREE!
Macam-macam jenis kaktus ada, bunga pun banyak!!
Ini antara kaktus yang dirembat bawak balik
Beli 5 percuma 1 (RM10)
Selepas makan tengah hari dan solat, kami pergi Taman Agroteknologi Mardi.
Perlu beli tiket untuk masuk.
Dewasa: RM3
Tempat ni memang besar, tak sempat nak jelajah semua tempat.
Teko dan cawan pon besar!
Malamnya, kami makan di Steamboat Snack Corner.
Dah tempah awal-awal. Yang ni semuanya ditanggung oleh kakakku.
Muka baru bangun tidur..hewhewhew
Makanan tak habis boleh bawak balik ;)
Masak untuk sarapan esok. Jimat gitu~
Keesokannya, hari terakhir kami disini.
Kami singgah di pasar beli strawberry banyak-banyak..heee
Aku pun sempat beli sweater sehelai.
Selepas tu, kami pergi melawat Bee Farm.
Biasa ajer tempatnya. Boleh la kalau yang tak pernah tengok lebah secara dekat tu datang sini.
Masuk FREE!
Setelah penat pusing-pusing. Sudah tiba masanya untuk pulang.
Tapi aku nak sangat pergi Cameron Lavender!!
Jadinya, disebabkan terlalu lewat, keluarga aku yang tinggal di Kelantan perlu bertolak balik pada waktu itu juga. Risau sampai malam plak, memandangkan mereka paling jauh daripada yang lain.
Yang masih ada, kami pergi Cameron Lavender!
Nak sangat tengok Lavender yang purple tu..huhu
Masuk perlu beli tiket.
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3
Disini sahaja untuk Family Day pada tahun ini.
Semua bertolak pulang ke tempat masing-masing.
Semoga kami sentiasa bahagia!!
Wassalam.
0 comments