Sepasang Stokin
Assalamualaikum..
Aurat
wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, kaki
juga adalah sebahagian daripada aurat yang perlu kita jaga.
Rasulullah
S.A.W bersabda :
"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu
apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya
kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan
ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan.
(Riwayat
Abu Daud)

Aku mula
terdetik untuk berstokin bila bersandal apabila kawan lelaki aku menegur ketika
aku menjadi fasilitator di Program Bina Insaniah di sekolah menengah aku pada
tahun 2011. Oiipp ~ banyak kali jugak la kena tegur, tapi aku buat donno (tak
tahu) jer masa tu..huhuhu (tahan malu).
Bukan
disebabkan ni jer tapi pengaruh kawan-kawan sekeliling jugak. Bermula dari
rumah aku sendiri. Adik aku pelajar sekolah arab di Maahad Muhammadi Tumpat.
Dia selalu akan berstokin bila nak keluar dari rumah, dua lapis plak tu! Malu
malu sehhh~ Kenapa dia boleh buat aku tak boleh plak?
Lepas tu,
kawan baik aku di sekolah menengah pun ramai yang dah makin bertudung labuh dan
berstokin. Manakan tidak terdetik hati kecil ni nak berubah sama. Siapa yang
tak nak berubah kearah kebaikan. Tak gitu?
Bila
menjejak kaki di universiti pula, kawan baik aku juga mengenakan stokin bila
keluar mana-mana. Diorang pun selalu mengajak aku untuk memakai stokin. Bila di
Tahun ke-2, aku mula berstokin bila ke kelas tetapi masih berselipar tanpa
stokin bila di kolej. Berubah tak semestinya secara mendadak sebab ini adalah
sesuatu yang perlu dibuat hari-hari. Jadi, perlahan-perlahan dulu pun okey~

Apa maksud berstokin secara sempurna?
Maksudnya
disini, stokin mestilah tidak jarang dan menutup keseluruhan kaki kita.
Bukannya stokin menutup tapak kaki ehh~ Lagipun stokin jarang tak tahan lama.
Kejap je tertarik sini, berlubang sana.
Memang
betul susah sebenarnya nak cari stokin yang tebal dan yang selesa dengan
kehendak kita terutamanya di kawasan KL ni. Bila pusing-pusing mall, asyik
jumpa yang nipis je. Kebanyakan stokin yang aku guna sekarang, aku beli di
Kelantan. Tetapi nak berubah ni kena berusaha la sikit. Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih :)
Beberapa
hari lepas, kawan aku ada share sesuatu di FB aku iaitu "Sarung Kaki
Project" dicetus oleh Awliya Afruz. Bagus jugak ada semangat macam ni
untuk membantu saudara-saudara Islam kita. Diorang merancang untuk buat
"Giveaway Charity Dakwah" yang mana stokin akan diberi secara PERCUMA
kepada wanita-wanita Islam dengan niat semata kerana Allah. Kawasan pertama
yang akan mendapat stokin ni adalah Kuala Lumpur. In Sha Allah, projek ni akan dilakukan juga
di Singapore dan Brunei. Oleh itu, untuk mencapai matlamat yang sangat murni
ni, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin sponsor stokin, duit atau
apa sahaja seperti poster, flyers dll boleh lah hubungi terus Awliya, 014-5161560 atau pm di FB page "Sarung Kaki Projek".
SEMOGA
KITA BERUBAH KEARAH KEREDHAAN-NYA
KATAKAN
YA UNTUK "AKU INGIN BERUBAH"
Wassalam :)
1 comments
Saya salah sorg peminat memakai sarung kaki gak...kalau boleh kak buat satu blog untuk memasuki blog kak jadi ahli kerana menggalakkan semua wanita menyarung sarung kaki...
ReplyDelete