Sepasang Stokin

Assalamualaikum..




Aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, kaki juga adalah sebahagian daripada aurat yang perlu kita jaga.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan.

(Riwayat Abu Daud)


Aku memang dah biasa berstokin bila berkasut sejak sekolah rendah lagi. Mungkin sebab dah terbiasa dengan kasut sekolah kot. Tak pasal-pasal kena denda kalau tak pakai stokin. Tapi hanya bila ber'kasut' sahaja sebab aku tak suka perasaan bila kaki berpeluh-peluh. Sangat tak selesa! Peraturan sekolah boleh plak ikut tetapi kenapa bukan peraturan yang telah ditetapkan untuk kita muslimah?

Aku mula terdetik untuk berstokin bila bersandal apabila kawan lelaki aku menegur ketika aku menjadi fasilitator di Program Bina Insaniah di sekolah menengah aku pada tahun 2011. Oiipp ~ banyak kali jugak la kena tegur, tapi aku buat donno (tak tahu) jer masa tu..huhuhu (tahan malu).

Bukan disebabkan ni jer tapi pengaruh kawan-kawan sekeliling jugak. Bermula dari rumah aku sendiri. Adik aku pelajar sekolah arab di Maahad Muhammadi Tumpat. Dia selalu akan berstokin bila nak keluar dari rumah, dua lapis plak tu! Malu malu sehhh~ Kenapa dia boleh buat aku tak boleh plak?

Lepas tu, kawan baik aku di sekolah menengah pun ramai yang dah makin bertudung labuh dan berstokin. Manakan tidak terdetik hati kecil ni nak berubah sama. Siapa yang tak nak berubah kearah kebaikan. Tak gitu?

Bila menjejak kaki di universiti pula, kawan baik aku juga mengenakan stokin bila keluar mana-mana. Diorang pun selalu mengajak aku untuk memakai stokin. Bila di Tahun ke-2, aku mula berstokin bila ke kelas tetapi masih berselipar tanpa stokin bila di kolej. Berubah tak semestinya secara mendadak sebab ini adalah sesuatu yang perlu dibuat hari-hari. Jadi, perlahan-perlahan dulu pun okey~

Media semasa juga memainkan peranan untuk menguatkan semangat aku untuk berstokin sepenuhnya. Banyak kempen-kempen dan artikel di FB tentang menutup aurat yang sempurna. Bagus jugak sebenarnya FB ni yer.. Huhuhu.. Di semester 6 pengajian di UM, aku mula mencuba berstokin sepenuhnya. Alhamdulillah, aku mula dah terbiasa sekarang bahkan berasa segan bila keluar tanpa berstokin. Tapi masih dalam proses peningkatan lagi dari segi berstokin secara sempurna dan dari segi hati untuk mengikhlaskan diri berstokin hanya untuk Allah S.W.T.

Apa maksud  berstokin secara sempurna?


Maksudnya disini, stokin mestilah tidak jarang dan menutup keseluruhan kaki kita. Bukannya stokin menutup tapak kaki ehh~ Lagipun stokin jarang tak tahan lama. Kejap je tertarik sini, berlubang sana.

Memang betul susah sebenarnya nak cari stokin yang tebal dan yang selesa dengan kehendak kita terutamanya di kawasan KL ni. Bila pusing-pusing mall, asyik jumpa yang nipis je. Kebanyakan stokin yang aku guna sekarang, aku beli di Kelantan. Tetapi nak berubah ni kena berusaha la sikit. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih :)



Beberapa hari lepas, kawan aku ada share sesuatu di FB aku iaitu "Sarung Kaki Project" dicetus oleh Awliya Afruz. Bagus jugak ada semangat macam ni untuk membantu saudara-saudara Islam kita. Diorang merancang untuk buat "Giveaway Charity Dakwah" yang mana stokin akan diberi secara PERCUMA kepada wanita-wanita Islam dengan niat semata kerana Allah. Kawasan pertama yang akan mendapat stokin ni adalah Kuala Lumpur.  In Sha Allah, projek ni akan dilakukan juga di Singapore dan Brunei. Oleh itu, untuk mencapai matlamat yang sangat murni ni, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin sponsor stokin, duit atau apa sahaja seperti poster, flyers dll boleh lah hubungi terus Awliya, 014-5161560 atau pm di FB page "Sarung Kaki Projek".

SEMOGA KITA BERUBAH KEARAH KEREDHAAN-NYA
KATAKAN YA UNTUK "AKU INGIN BERUBAH"



Wassalam  :)


You Might Also Like

1 comments

  1. Saya salah sorg peminat memakai sarung kaki gak...kalau boleh kak buat satu blog untuk memasuki blog kak jadi ahli kerana menggalakkan semua wanita menyarung sarung kaki...

    ReplyDelete