My Life: Projek Menyelamatkan Nyawa Mr.Smily :)
Assalamualaikum..
Semua tahu kan siapa Mr.Smily?
Tak tahu???
Sila lihat sebelah kanan korang---->
Ada tak Mr.Smily kat situ?
Cute kan..ahaks~
Mr.Smily dapat nama daripada rupanya sendiri, sentiasa senyum je memanjang.
Senyum tu ape? Sedekah...hehehe
Tetapi hayatnya tak panjang. Mr.Smily lemah longlai setelah dimandikan di dalam mesin basuh.
Isi perutnya terburai, meletup. BOM!!
Sehingga mesin basuh penuh dengan salju putih.
Tarikh kejadian : 7 Januari 2013
Mr.Smily tak sempat menemaniku balik kampung :(
-Sakit pun senyum lagi tu-
Sebulan kemudian...
Sambil-sambil bershoping di Mid Valley, kawan aku ajak masuk DAISO. Wah, baru tahu kedai ni hebat!! Semua harga RM5. Tapi pandai-pandai la pilih barang. Kalau sudu satu RM5 tu, baik tak payah beli..hahaha
DAISO ni kedai barang jepun banyak. Tapi tengok barangnya made in China..LOL
Masuk je kedai ni, lagu 2NE1 (I don't care)..
Lalalalalalalalala~
Pusing-pusing... Haaaa~ aku jumpa sesuatu yang sangat sesuai untuk Mr.Smily yang tengah nazak tu..wink wink **
Apa lagi, aku beli la benda tu~
~PROJEK BERMULA~
Ini lah benda yang dapat menyelamatkan Mr.Smily, boleh kata macam penderma jantung la~ huhuhu~
Tahu ke dak amende ni?
Ini ialah benda yang biasa kita jumpa dalam bantal, anak patung dan lain-lain. Bahannya adalah 100% polyster.
Polyster ni di pack dengan mampatnya. Nampak je kecik ni, bila buka.. keluar macam rambut afro dah..hahaha
So, bahan semua dah ada, sesi pembedahan boleh la mula.
Ada feeling macam doktar bedah la pulak..ehee~
Oh! Teringat pulak scene dalam cerita "You're Beautiful", part bila Tae Kyung transform bear jadi rabbit untuk bagi kat Mi Nam. Siap pakai glove tu. Over giler :P
Mr.Smily masih ada separuh lagi isinya, jadi aku cuma penuhkan perutnya bagi sampai gemuk. Kemudian, jahit balik tempat yang dah terkoyak tu.
TARAAAAAA!!!
Dah siap :)
Sekarang boleh la Mr.Smily teman aku study balik..hehe
Moral of the story:
Jangan basuh anak patung yang kainnya stretchable guna mesin basuh.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Senyum selalu :)
Wassalam.
5 comments
comel gler..haha
ReplyDeletengee ^.^
Delete:D
ReplyDeletefollow ak wehh~
:D nnt ak letak blog ko kat page aku~
:DDDDD
Done follow :)
DeleteTq Rin :)
HEhehe..
Excellent pieces. Keep writing such kind of info on your blog.
ReplyDeleteIm really impressed by your site.
Hi there, You have performed an excellent job.
I will certainly digg it and individually recommend to my friends.
I'm sure they'll be benefited from this web site.
Feel free to visit my site: DVD KOMPILASI ISLAMI BEBAS ONGKOS KIRIM