My Life + Movie: A day to R.E.L.A.X [Part 1]
Assalamualaikum..
Sekarang sudah di pertengahan bulan Mac. Ini bermakna D-day makin dekat.
Terlalu banyak dugaan sepanjang bulan Mac ni.
Alhamdulillah, masalah terbesar sudah selesai.
Oleh itu, semua kerja yang tergendala mesti di selesaikan secepat mungkin memandangkan masa sudah singkat. Jadi, minggu ni boleh dikatakan selalu je balik malam.
Setelah selesai semua kerja, kawan saya ajak saya untuk berjimba.
Kami pergi ke Mid Valley je la~ Paling dekat dengan UM.
Dalam pukul 2 kami keluar selepas sahaja kelas Plant Breeding tamat. Mula-mula malas juga nak keluar, sebabnya bercadang nak tulis thesis petang tu. Tapi, saya rasa elok juga keluar sekali-sekala..hehehe
Oh, yes! Kami baru teringat pada hari tu, wayang murah--> Hari Rabu :)
Setelah berfikir-fikir cerita apa yang best sekarang. Semua tak dapat nak decide nak tengok cerita ape sebab kami pun tak pernah nak tengok tv. Akhirnya, pergi kat sana baru la kami decide.
Hmmm.. ada cerita
Oz The Great & Powerful
Tapi cerita ni kawan cakap tak best..
Jadi, kami pun pilih cerita:
Jack The Giant Slayer
Wahhh! Memang best giler cerita ni. Rasa berdebar-debar tu ada la.
Jack tu sangat la hensem!!
Nicholas Hoult
Nama-nama giant tu lawak pulak rasa, Fallon, Foe, Fee, Fye, Fumm..
Semuanya start dengan huruf "F"..huhuhu~
Fallon yang paling jahat, perasan nak jadi king..
Dia ada dua kepala. Yang kecik tu lawak..huhu
Sedap tak bean tu??
Yang gelinya, diorang makan fresh manusia, binatang ke.
Fumm tu berebut dengan Fallon nak princess. Tapi sebab Fallon lagi berkuasa, so dia menyerah je.
Kawan cakap aku macam tengok cerita hantu, siap bleh pulak nak tutup muka..hahaha
Rasa nak tengok lagi sekali..hehehe
Kami beli tiket cerita ni tayang pukul 4ptg. Movie ni tak sampai 2 jam pun. Tapi kami lewat 10 minit masuk. So, opening tu tak sempat nak tengok. Sebabnya---> Part 2
0 comments