Memories in Song (Redline)

Assalamualaikum kawan-kawan =)

Kawan-kawan mesti ada lagu tersendiri yang dapat mengimbau kenangan lalu bukan?
Saya juga ada. Kadang-kadang bila dengar lagu tertentu, saya akan tersenyum sendiri ataupun merah padam muka tahan malu..huahuahua

Part 1


Pernah dengar tak lagu ni? Dah lama kan?
Lagu Redline ni kenangan saya dan rakan robotik semasa kami tingkatan 4 (2007).
Setiap kali latihan ada je yang bukak lagu ni.
Dulu-dulu mana la minat sangat lagu English, so bila first time dengar memang tak dapat tangkap la amende la lagu ni sebut (mcm la sekarang boleh..haha)
So, lirik lagu dah jadi mcm ni..

"It was you told miow miow and shine up my life"

Ada jugak yang buat lagu kucing..kahkkahkah
Seriously, ingatkan lagu kucing >.<

Sebenarnya, robotik tu aktiviti dibawah Kelab Jurutera Muda.
Saya dulu cita-cita nak jadi engineer, tapi bila masuk matrik dapat sains hayat.
So, saya terima dengan apa yang telah ditentukan, mesti ada hikmah disebalik semua tu. Then, I fall in love with Biology. So, here I am =)

Berbalik kepada robotik. 
Saya dan kawan-kawan saya mula join robotik sejak tamat PMR. Memandangkan banyak masa terluangkan..hehe. Selepas beberapa minggu berlatih, ada satu pertandingan antara kami je dan YEAH!! My group won!! Wee~


Muka tak matured semua..ngeh3

Bila tingkatan 4, kami dibahagikan kumpulan oleh Teacher Yus (Penasihat Kelab Jurutera Muda). Saya, Ejah dan Dlah dalam satu group. Dlah sebagai programmer dalam group kami. Susah kot nak kena belajar programmme tu, nak kena hafal simbol dan function. Saya pulak keje jadi designer Lego RCX. Tapi bukan saya seorang yang buat, kami buat sama-sama. Saya mesti kena tahu light sensor tu nak letak kat mana, tayar ape yang sesuai and so on. Ejah pulak kejenya tolong test kat litar and ambil bacaan untuk light sensor.


Inilah otak RCX dan alat-alat yang lain.

Ini Lego NXT. Lagi bijak dari RCX.
Credit to pak cik Google.

Selepas beberapa bulan berlatih, sekolah hantar kami memasuki National Robotics Competition 2007 Peringkat Zon Kelantan. Rasa-rasanya 6 kumpulan sekolah saya hantar. Semua berjaya mendapat tempat dalam pertandingan ini. Kumpulan saya dapat tempat kedua dalam acara Robot Transporter. Oh, saya rasa acara robot NXT tidak berjaya. Ada masalah teknikal sikit. Tapi bagi acara lain semua sekolah kami sapu..hehe


Yohoooo~

RCX Upper Secondary Category
Tengah test kat litar. Seriusnya muka..huhu


RCX Lower Secondary Category
Kategori ni sekolah kami je yang join. So, diorang bertanding macam kat sekolah je. Tapi disebabkan dua kumpulan je, naib johan tak dapat hadiah..sedihnyer diorang :(


Open Category di Peringkat Kebangsaan


Ini kawan-kawan saya (eyqa, arif, dan syahmi) yang berjaya sehingga peringkat antarabangsa di Taipei, Taiwan. Memang menjadi kebanggaan sekolah kami :)


World Robot Olympiad (WRO) 2007 
Taipei, Taiwan

Banyak kenangan sepanjang saya berada dalam kelab ni. Walaupun saya tidak dapat sertai mereka sehingga peringkat yang lebih tinggi, tapi saya bangga dengan kawan saya. Berlatih sampai lewat malam (saya je yang tak datang :P ). Disebabkan oleh masalah transport. 
Akhir sekali, setiap kali saya dengar lagu ni,saya dapat rasa balik suasana di sekolah. Kenangan pahit, manis, masam dan masin semualah..
Rindu korang semua =)

Wassalam.


You Might Also Like

0 comments