Kubur berkata sewaktu jenazah Fatimah Az- Zahra hendak dikebumikan
Dikisahkan
bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh
4 orang, antara :-
1.Ali bin
Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2.Hasan
(anak Fatima r.a)
3.Husin
(anak Faimah r.a)
4.Abu
Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu
jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary R.A berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang
kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-
Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata
kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka
dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia
tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-
buruknya)."
Abu Laits
as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur
hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.Hendaklah
ia menjaga solatnya
2.Hendaklah
dia bersedekah
3.Hendaklah
dia membaca al-Quran
4.Hendaklah
dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca
tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat
perkara yang harus dijauhi ialah :-
1.Jangan
berdusta
2.Jangan
mengkhianat
3.Jangan
mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4.Jangan
kencing sambil berdiri
Rasulullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing,
kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."
Wassalam.
0 comments