The Manhattan Fish Market
Assalamualaikum.
Semester baru sudah bermula sejak sebulan yang lepas, maka bermulalah aku nak berjalan-jalan di KL ni memandangkan duit JPA dah masyukkkk~ hahaha
So, kali ni aku dan kawan baik aku, Hana JYJ keluar berdating ke Masjid Jamek. Tujuan utama nak beli kasut. Tapi aku je yang sempat rembat sepasang kasut sebab kasut Hana tiada saiz (saiz 42). Kadang-kadang rasa untung bila kaki bersaiz sama dengan kasut yang di display. Ini juga boleh menimbulkan perasaan membuak-buak untuk beli..kihkihkih
Dah siap bershopping, dah tiba waktu untuk lunch la pulak. Disebabkan sudah sumbat Roasted Rice Chicken waktu breakfast kat KL Central, so nak makan fast food je la. Tapi kat SOGO (Aras LG) ada McDonalds je. Aku memang dah lama boikot McDonalds. Dua tahun dah kot. So memang tak nak makan macam mana pun. Masa tu pun ramai giler, waktu lunch kan~
Pastu, ternampak The Manhattan Fish Market ni ada tempat kosong. Usha-usha la makanan apa yang ada kat sini. Hem.. harga boleh tahan murah. Apa lagi masuk jer la. Tapi sampai muka pintu jer la (dapat meja kat situ).
Licin tak meja? Ni aku sendiri yang bersihkan (alihkan jer ke meja sebelah) sebab pekerja dia busy giler. Kawan aku dah panggil empat lima kali tak de yang perasan pun..sedih T.T
Hana JYJ yang teringin nak makan sushi sebenarnya.
Selepas beberapa minit menunggu dengan sabarnya. Akhirnya pekerjanya datang. Kami terus order je apa yang nak makan sebelum masuk tadi. Kami order Set Course meal, main course: Pepemare Pasta dan Manhattan Fish 'n Chips-Dory (Regular), soup of the day (Lite) and Lemon Tea.
Beberapa minit kemudian...
Soup of the day (Lite) dihidang. Kalau tengokkan mangkuk ni, sup meleleh-leleh keluar. Tolak 1 markah! Haha.. tapi tambah balik 10 markah sebab SEDAP GILA! Dah la sedap, gila lagi. Rasanya sangat familiar bila makan kat Pizza Hut. Macam kuah pasta. Hana JYJ cakap ada rasa keju. Sorry lah, aku tak pandai nak teka ada apa dalam tu..huhuhu~
Lepas tu Lemon tea plak sampai..
Air ni bertelur laaa~
Sementara menunggu main course dihidang, snap gambar tisu pon jadi..haha
.
.
Akhirnya, makanan yang ditunggu tiba. Woahh~ menarik.
Pepemare Pasta (RM15.90), rasa blackpepper. Pedas-pedas sikit. Lauk banyak! Ada dory fish, scalops dan baby octopus. Dory fish sedap!!! Nomnomnom..
Manhattan Fish 'n Chips-Dory (Regular) (RM15.90): Salads, french fries, lemon, Dory fish and ketchup. Yang ni Hana JYJ yang order. Sedap jugak, tapi bagi aku muak sikit. Tapi Hana JYJ cakap sedap!
Oh oh~ tahu tak ada seorang foreigner ni.. tiba-tiba je nak tangkap gambar makanan kitorang. Pelik tiba-tiba tunjuk gaya nak tangkap gambar. Ingatkan nak mintak ambilkan gambar. Kahkahkah.. Pastu bila kitorang start makan, dia datang lagi. Tanya sedap tak? Hemm.. mungkin dia nak makan jugak kot lepas ni. huhuhu~
*Restoran ni kenakan 10% service charge dan macam biasa 6% gov. tax.
Untuk lain-lain menu, boleh rujuk di website The Manhattan Fish Market
Wassalam.
1 comments
Nnti nak try lah sup tu
ReplyDelete