My Life: Me as a 3rd year student

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama mengawal diri daripada update blog, akhirnya hari ni rasa nak update entry. Wah! wah! Padahal ada 2 paper lagi belum habis.. Yup, final exam aku habis 26 jun 2013. Bererti aku akan menamatkan tahun ketiga aku. Tak sabar!

Tahun ketiga inilah paling mencabar buat aku student biotech di Universiti Malaya. Aku perlu buat projek akhir tahun dan tulis thesis untuk membolehkan aku grad nanti.

Semester pertama masih boleh tahan, tak banyak sangat yang perlu buat. Cuma keluar masuk lab je. Masa habis kat lab buat projek ni. Cuti pun tak balik :(



Semester kedua lebih sibuk sebab masa makin suntuk, tekanan bertambah-tambah >.<
Lagi-lagi bila belum dapat results yang memuaskan. Subjek pelajaran pun banyak yang ada presentation dan test. Tapi, bagus sebenarnya. Presentation yang banyak tu membantu aku untuk mengurangkan gementar bila VIVA nanti. VIVA ni bukan kereta VIVA yer~ Ejaan je sama, tapi bacaannya lain. (baca: Vaiva)

VIVA diadakan pada 3 Jun 2013, ahhh.. disebabkan kecut perut dengan VIVA ni la, aku tak ada mood langsung nak celebrate Birthday aku tau! Ingatkan tahun ni nak sambut dengan kawan-kawan sebab tahun depan mungkin dah tak  jumpa. Sedih sangat bila ingat balik (T.T). Walaubagaimanapun, Alhamdulillah.. semua berjalan lancar pada hari kejadian. Kena puji dengan Dr. plak tu..heee~ (heh~ takbur!)

Seusai VIVA, aku baru nak mula writing thesis. Perghhh~ memang pecah otak keluar biji mata baca jurnal-jurnal tu semua. Over plak aku!. Aku ada masa 2 minggu je masa tu. Ni la contoh budak yang tak tahu nak urus masa (kene kat batang hidung sendiri). Bila sampai due date tu, memang la tak siap lagi. Sape oii yang bleh tulis thesis 2 minggu je, tak ada dibuat orang. Sekurang-kurangya 2 bulan uolls (high quality). So, aku punya low quality lah? Tak tahu nak cakap ape, tapi aku memang tak puas hati pun dengan thesis aku tu. Well, nak buat macam mana.  Nasib baik supervisor aku baik hati bagi masa seminggu lagi untuk siapkan. And YES! I done it. Aku baru je hantar thesis aku 2 hari lepas. Lega giler!


Sekarang, aku boleh la fokus kat final exam pulak.

Tapi sepanjang aku buat projek ni, banyak benda yang dapat aku belajar secara tak langsung.

  • pengurusan masa paling penting
  • perancangan awal 
  • interaksi dengan labmate
  • interaksi dengan supervisor
  • jangan tangguh kerja
  • sabar 
  • kena rajin

Tips untuk sesiapa yang bakal buat projek akhir tahun,

  • Design experiment (pastikan ada kaitan antara satu sama lain)
  • Study tentang perkara yang korang nak buat tu dan apa yang orang lain dah buat ataupun masa fasa pertama projek korang, pastikan korang dah mula buat introduction dengan literature review. Jangan buat dulu, baru terhegeh-hegeh nak cari benda ni. Pening korang nak discuss nanti.
  • Jangan bermalas-malasan
  • Ada masalah? Jumpa terus supervisor minta nasihat.




You Might Also Like

2 comments