My Life: Birthday Party at Aroma Ikan Bakar

 Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku dan kawan-kawan pergi menjamu selera di Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram, Kuala Selangor. Tujuan pergi sini bukan untuk makan-makan je sebenarnya.
Kami ada surprise birthday party untuk classmate aku, Lydia.

Birthday girl

Tapi bukan aku organizer nyer. Aku join pergi makan je..hahahaha
Rancangannya, kami nak kenakan birthday girl ni la. Konon-kononnya, kawan 9 tahun dia (Fith) ni buat-buat gaduh dengan dia. Tak bertegur sapa pun.
Memang jadilah drama kami, sampai nangis-nangis birthday girl ni..huargh3

Fith, aku, Linda dan Fadhil pergi dulu sebelum Lydia pergi sana. Sebab Lydia tak tahu pun Fith join sekali makan-makan ni. Kami bertolak dalam pukul 2.30 ptg dari UM. Kami sampai sana dalam pukul 4 ptg. Memandangkan kami tak boleh reserve hari tu sebab hari minggu, so kenalah pergi awal nak cop tempat..huhu~
Masa sampai sana tak ramai pun lagi. Banyak lagi tempat kosong. Kami pilih duduk di Pergola Bamboo sebab kami 9 orang, selesa lah sikit. Untuk duduk di sini kena charge RM20.
Sementara menunggu yang lain sampai, kami order lah dulu.

Ni apa yang kami order:

 Ikan Merah Goreng Cili
(Da best!! Yum3)

Ikan Siakap 3 Rasa
(Ni pun best! Kawan ramai kata yang ni best)

Tom Yam
(Tom Yam ni tak best! Tak rasa macam tom yam pun)

Sotong Goreng Celup Tepung 
(Lauk ni MESTI kena ada!)

 Sayur Kailan

 Udang Goreng

                                                                           
 Air Laici, Longan dan Sirap

Makanannya sudah siap dihidang tunggu nak terkam je ni.
Total harga semua ni hampir RM300. 
Ok la ni untuk 10 orang. Berbaloi jugak la kan. Makan ni macam makan kat Seoul Garden, kenyang sampai tak larat dah nak sumbat.
Dok menunggu diorang tu sampai kriuk kriuk perut den nih, kecur air liur tengok makanan-makanan nih..hehs~

Lapar-lapar pun sempat jugak snap jap..kuikui

Kalau tengok air laut kat belakang aku tu, masa ni air sampai kat batu tu. Bila dekat nak maghrib, air tu dah surut jauh jugak la dari batu tu.

Kawan aku punya la teringin nak tengok matahari terbenam, tapi nasiblah cuaca tak berapa nak elok. Mendung je~ matahari pun tak nampak.

Pemandangan dari Pergola Bamboo
Ada feeling macam kat kampung je kan..
Boleh lena lama-lama dengar bunyi ombak rindu tu...jiwang la pulak minah ni =.='

Kami pulang selepas Maghrib, tu pun sebab ada orang tengah tunggu nak guna tempat ni. Ada rasa sikit tak selesa bila orang tunggu macam tu kan. Tapi kesian la pulak kalau biar je diorang tunggu lama-lama..huhu
Masa kami nak balik tu memang boleh kata nak penuh tempat tu. So, datangla awal-awal ye kalau nak dapat tempat macam ni. Kalau hari biasa boleh la reserve.


Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00 am, 
Closed on Monday once every two weeks. 
For reservation :
Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452

Wassalam.

You Might Also Like

2 comments

  1. tak sedap tomyam??
    fail~
    :D mahal x? kat ne ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tom yam dia mcm sup je..x rasa tomyam pun..huhu
      tu aku tulis, rm300.. ikan dia sekor rm70+
      Kat kuala selangor.. p la try..ajak kawan2 ko..p ramai2..huhu

      Delete