Macam mana nak download citer?
Assalamualaikum kawan-kawan :)
Alhamdulillah, hari ni saya baru je tamat final exam untuk semester 5. Sekarang boleh la nak mula menulis entry lagi dan mula download citer banyak-banyak! Wuhuuuu~
Jadi, macam mana saya download citer ye? Yang sudah tahu tu duduk diam-diam..ngeh3
Okey, mula-mula yang korang mesti ada ialah Internet Download Manager atau orang panggil IDM.
Tapi boleh je kalau nak download guna software lain.
Tapi yang ni paling best, senang dan laju.
Tapi yang ni paling best, senang dan laju.
Sekarang pergi la tempat korang nak download cerita tu. Google je cerita ape korang nak, nanti akan keluar berderet-deret. Pilih je yang mana.
Saya bagi contoh la senang, saya download cerita drama melayu kat ceritamaster.com.
Sekarang kan tengah banyak giler drama yang adaptasi dari novel, memang best la kalau cerita dari novel kan..huhuhuhu. Terutama yang tengah hot sekarang "Setia Hujung Nyawa".
1)Tekan la link download kat page tu.
Selepas tu nanti korang akan jumpa benda ni :
2) Click "skip this ad"
3)Click "skip ad"
4) Check betul tak title cerita, then tekan la download
5) Nanti benda ni akan pop-up, tekan je start download
6) Done!
Tapi kadang-kadang sepanjang korang download akan jumpa benda ni:
Benda ni akan berlaku kalau korang download banyak-banyak..amboii bersungguh bebenor nampak~
Yang ni pun sama, just taip ape yang ditulis tu, lepas tu tekan "Authorize download"
Untuk yang tiada jenis dalam file macam ni, tapi ada yang online je. Kalau nak download, korang hanya perlu "play" je cerita tu, tunggu kejap nanti akan keluar butang kat bawah sebelah kiri, macam ni-->
Yang ni best nyer guna IDM, korang play je video apa-apa pun, benda ni akan keluar. So, download je lah..huhu. Senang kan? Tapi tak semua yang secara online korang boleh download. Contohnya, kat Maaduu, Drama Crazy dan Daily Motion.
Selamat Mencuba :)
Wassalam.
0 comments