Shopping online?

Assalamualaikum kawan-kawan =)

Sekarang kebanyakannya sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk shopping? Dunia makin canggih, boleh shopping online je. Hanya perlu klik beberapa butang, kemudian hanya perlu tunggu parcel sampai kat rumah. Tapi, anda rasa ragu-ragu membeli secara online? tak boleh nak percaya? Risau duit anda dalam bank tiba-tiba lesap? Kena tipu? Barang tak sama macam yang kita nak? Disini ada beberapa tips yang saya ingin kongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Tetapkan pilihan barang yang dikehendaki
Contohnya, nak beli baju kurung.
-nak warna ape? Pink
-saiz ape? 42 (tapi setiap saiz kadang-kadang lain ukuran, so pastikan tahu saiz badan anda secara terperinci. Ukuran dada, pinggul, labuh baju, labuh lengan, ukur lilit lengan, pinggang, etc)
-bajet berapa? RM100

2. Search page yang menjual barang tersebut
Jangan hanya search satu page sahaja, anda perlu buat perbandingan dengan beberapa page yang lain. Contohnya, dari segi harga. Pilih yang lebih murah dan menguntungkan kawan-kawan. Kalau boleh yang bagi free shipping.

3. Pastikan page itu boleh dipercayai.
Macam mana nak tahu boleh percaya ke x? Baca komen-komen dari pelanggan yang lain. Adakah memuaskan?

4. Deal dengan penjual
Tanya stock masih ada ke x? Boleh dapat murah lagi ke x? Kalau kawan-kawan bleh dapat murah, nasib baik lah.

5. Cara pembayaran
Biasanya penjual akan minta bayar secara money transfer. Kebanyakan dari bank CIMB and Maybank. Kalau kawan-kawan boleh transfer secara online lagi senang. Tapi saya nasihatkan hati-hati bila buat secara online. Pastikan kawan-kawan tidak mengguna wi-fi public. Untuk yang tidak mempunyai akaun tersebut, bolehlah deposit kat bank. Kalau CIMB deposit atm, duit RM1, RM2 dan RM5 tak boleh terima. So, buatlah secara manual jika perlu. Isi borang kat bank tu. Tapi ni lecehlah, perlu pergi waktu office hour. Bila selesai buat pembayaran, company tu biasanya akan minta bukti pembayaran. So, sila simpan resit!

Tapi jika terdapat servic COD (cash on delivery), sesuai untuk bila beli barang yang harga beratus-ratus. Lebih baik pilih cara ini lagi selamat. Tapi biasanya akan dicharge bergantung kepada company itu sendiri.

Semua cara pembayaran ini bergantung dengan cara company itu. So, ikutlah apa yang telah ditetapkan.

6. Track items
Company akan bagi kita tracking number jika dipos laju. So, bila dah dibagi tahu barang telah dipos, silalah track barang tu. Macam mana? Pergi ke web Pos Malaysia, then paste tracking number di tempat yang disediakan.

7. Barang diterima
Yea! Dah dapat barang:)
Sila cek barang tersebut. Jika tidah puas hati, boleh minta ditukar (jika company itu bagi la~). Biasanya dalam masa 7 hari.

Ini barang pertama yang saya beli secara online di Lazada. Saya bayar secara COD. RM5 charge. Kenapa saya beli online? Sebab, saya tak sempat nak pergi ke kedai yang menjual ni dan saya perlukan dengan segera untuk projek akhir tahun saya. Hasilnya, sangat memuaskan, saya suka!

So, saya berharap tips ni dapat membantu sedikit sebanyak kawan-kawan. Happy shopping, frenz (^_^)

You Might Also Like

0 comments