Movie Melayu: Istanbul Aku Datang!
Assalamualikum kawan-kawan =)
Dah tengok dah citer "Istanbul Aku Datang!"???
Citer ni keluar di pawagam 8 November 2012, tapi saya bukannya jenis over excited nak pergi tengok terus kan. Lagipun setiap kali saya nak pergi tengok citer melayu kat panggung, mesti ada yang cakap,
"Tak payahlah tengok, tunggu je dua tiga minggu ada la tu kat youtube"
Oh, Yes! memang betul keluar kat youtube. Siap HD lagi tu~huhu
Tapi ini tidak bermakna kualiti citer melayu ni kurang okey!
Best sangat citer ni!!!!!!!
Kenapa?
Sebab soooo sweeet!!!
Sebenarnya saya ni peminat citer 'Gol & Gincu'
Kalau dulu ni, boring je pergi tengok citer ni. Suka yang sweet-sweet and ge-girly gitew~
Okey, berbalik kepada citer Istanbul Aku Datang, citer ni dilakonkan oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, dan Tomok. Ni first time tengok Beto berlakon. Terus jatuh cinta..adeh >.<..huhuhu
"Eeee....Tak sabar, tak sabar."-Dian
"Maggi Asam Laksa Aku!!!!"-Harris
Oh! ini lah Maggi Asam Laksa yang Harris suka. Gullpp..terliur la plak nak makan. Btw, saya tak pernah makan lagi yang ni. Walaupun saya kat Malaysia! Huhuhu..
Sinopsis:
Cerita ni megisahkan Dian (Lisa Surihani) seorang yang periang, sanggup terbang ke Istanbul (terbang naik kapal terbang la ye) semata-mata ingin berjumpa dengan Izad (Tomok) dan berhasrat ingin Izad melamarnya disana. Tapi bila tiba disana, Izad macam tidak berapa suka dengan kehadiran Dian. Semuanya Dian uruskan sendiri disana tanpa ditemani Izad. Dian cuba ingin mencari bilik disana disebabkan Izad kata tidak manis perempuan duduk serumah dengan 3 orang lelaki! (Memang la x elok..aduyai). Dian berjaya jumpa rumah yang menepati kehendak dia, malangnya dia ditipu oleh anak jiran tuan rumah itu. Rumah yang didudukinya itu rupanya sudah ada pemilihnya iaitu Harris (Beto Kusyairy). Di situlah bermula salah faham antara mereka berdua. Tapi sangat sweet..huhu~
Untuk kisah selanjutnya, silalah tengok sendiri ye :)
Di sini..
0 comments